Jenayah & Mahkamah
Datuk, nenek Zayn Rayyan dijangka dibebaskan hari ini – Peguam
PETALING JAYA – Datuk dan nenek Allahyarham Zayn Rayyan dijangka dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam, Fahmi Abdul Moin hari ini.
“Berkenaan penahanan semalam (datuk dan nenek Zayn Rayyan), saya dimaklumkan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya dalam satu sidang akhbar ringkas di pekarangan Mahmakah Majistret, di sini hari ini.
Semalam, datuk dan nenek Zayn ditahan di Subang Bestari pada pukul 2.30 petang, difahamkan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik berkenaan..