
BERITA SEMASA
MB Pahang jalani rawatan di IJN
KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan bermula esok.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob, dalam kenyataan hari ini berkata, Wan Rosdy dijadualkan menerima rawatan sehingga tarikh yang akan ditentukan doktor.
“Datuk Seri (Wan Rosdy) akan menerima rawatan di IJN bermula esok, sehingga satu tarikh yang ditentukan oleh doktor.
“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan supaya rawatan yang dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








