
Siswa anak Pahang terima bantuan RM400 – Wan Rosdy
KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menyampaikan bantuan RM400 kepada mahasiswa anak negeri itu menerusi Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 19,525 mahasiswa anak Pahang akan menerima sumbangan pada tahun ini.
“Tahun ini, sumbangan dinaikkan kepada RM400 berbanding RM300 tahun lepas.
“Majlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini bertujuan membantu anak Pahang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Wan Rosdi turut berkata, mahasiswa anak Pahang menerima bantuan ini bagi tahun 2024 di mana ia merupakan kali kedua Kerajaan Negeri laksanakan sejak tahun lalu.
”Tahun lepas kita bagi RM300 dan tahun ini kita bagi RM400. Insya-Allah jika kedudukan kewangan negeri bertambah baik dan kutipan hasil tahun ini mencecah RM1.6 bilion, jumlah sumbangan ini kita naikkan kepada RM500 pada tahun depan,” katanya lagi.
Hadir sama Speaker Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Seramai 1,600 orang penerima terdiri daripada pelajar UMPSA, UCYP University (UCYP), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kolej Yayasan Pahang (KYP), Pahang Skills Development Centre (PSDC) dan Kepimpinan Tertinggi Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN) Institut Pengajian Tinggi di negeri ini hadir ke majlis berkenaan.
.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








