Bangunan MOTAC terima ancaman bom
PUTRAJAYA – Bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), di sini disyaki menerima ancaman bom, hari ini.
Ancaman berkenaan dikenalpasti selepas kakitangan kementerian itu menemui satu bungkusan mencurigakan dan mirip bom.
Penolong Kanan Naib Presiden, Kandungan Berjenama, Astro Awani, Zaiful Mohd Ariffin yang kebetulan berada di lokasi kejadian bagi menghadiri satu mesyuarat berkata, bungkusan itu dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.
“Kakitangan kementerian melihat bungkusan berkenaan dan ia dilihat seperti bom. Ketika ini kita masih belum tahu mengenai bungkusan tersebut.
“Tetapi sebagai langkah keselamatan, kakitangan telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan tersebut,” katanya, di sini hari ini.
Dalam pada itu, ancaman itu dipercayai tertumpu di tingkat 14 bangunan terbabit, lapor Awani.
Difahamkan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya dan Unit Pemusnah Bom telah hadir ke lokasi kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















