BERITA SEMASAHIBURAN

Festival Budaya Putrajaya 2024 bermula hari ini

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2024 bertemakan ‘Perpaduan Melalui Seni Budaya’ yang berlangsung selama tiga hari.

Festival yang diadakan di Dataran Putrajaya itu bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam dengan menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan serta pelancongan untuk menarik minat pengunjung.

Kemuncak festival adalah Malam Gala Warna Warni Madani yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Sabtu ini pukul 8 malam.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti jualan produk kraf, persembahan seni, teater percuma bertajuk ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’, serta program jelajah makanan di Putrajaya.

MOTAC juga memaklumkan festival itu diadakan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya bagi memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta mempromosikan seni dan warisan negara kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menurut MOTAC, festival itu dijadikan acara tahunan atas saranan Perdana Menteri, berpotensi menarik lebih ramai pelancong asing dan menyumbang kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button