
Kisah anak hidap masalah pernafasan hanya ‘kitar semula’
KUALA LUMPUR – Kisah kesempitan hidup yang dihadapi oleh pasangan ibu bapa bayi dengan masalah pernafasan yang tular beberapa hari lalu adalah ‘kisah kitar semula’ untuk meraih sumbangan orang ramai.
Kisah mengenai masalah kesihatan yang dihadapi bayi Nor Hidayu Halim, 34, itu pernah diterbitkan di dalam akhbar Berita Harian pada tahun 2016 sehingga mendapat simpati dan bantuan banyak pihak.
Pempengaruh popular, Caprice berkata, beliau tidak menyangka ada ‘plot twist’ yang luar biasa selepas kisah kesempitan hidup pasangan berkenaan tular di media sosial, baru-baru ini.
Terpengaruh dengan berita tular terbaru itu, beliau mengaku sedang dalam proses membeli sebuah kereta terpakai untuk dihadiahkan kepada pasangan tersebut sehinggalah kebenaran sebenar didedahkan.
Katanya, helah pasangan itu tidak dapat mengaburi kehebatan nitizen Malaysia apabila keratan akhbar yang memaparkan berita yang mirip dengan apa yang berlaku pada pasangan itu didedahkan.
“Berita yang sama, guna alat (bantuan pernafasan) yang sama telah diterbitkan pada 2016 tetapi apa yang kita tahu, dia menggunakan bayi berlainan kerana yang pertama dulu berlaku 8 tahun lalu.
“Saya harap pihak berkuasa di Kedah memeriksa status anak-anak pasangan ini. Saya harap orang di luar sana tidak mengambil kesempatan atas kesempitan,” katanya dalam video di Instagram.
Caprice berkata, wanita berkenaan dipercayai menggunakan modus operandi yang sama untuk meraih simpati orang ramai.
Dalam pendedahan terbaru, Nor Hidayu dan pasangan Mohd. Azlan Ishak, 35, telah diarah menjalani faraq (dipisah) sementara kerana tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.
Pasangan tersebut dilapor telah bersekedudukan selepas suami asal nor Hidayu mula menjalani hukuman penjara.
Kisah mereka juga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu keluarga berkenaan dibantu dengan segera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








