BERITA SEMASA

Malaysia sasar wujudkan dunia digital yang selamat untuk semua

KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan sasaran untuk mewujudkan dunia digital yang selamat buat semua.

Sehubungan itu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerajaan sedang dalam proses merangka beberapa garis panduan bagi menjaga sempadan digitalnya.

“Antara yang sedang dirangka, termasuk garis panduan media sosial, yang mana apabila dilaksanakan kelak, perlu dipatuhi penyedia perkhidmatan.

“Ini termasuk larangan bagi pengguna dibawah umur 13 tahun bagi membuka akaun media sosial.

“Pada masa yang sama, kita turut sedang merangka undang-undang berkaitan keselamatan atas talian, termasuk perkara merangkumi penipuan, dan jenayah seksual,” kata Fahmi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Kawalselia Antarabangsa 2024, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button