BERITA SEMASA

Indeks kebebasan media: Fahmi terima laporan RSF dengan hati terbuka

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan mengambil langkah yang lebih mapan berikutan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia jatuh 34 anak tangga kekedudukan ke-107 berbanding 73, tahun lalu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau menerima laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dengan hati terbuka dan pasukannya akan menghadam laporan tersebut.

“Banyak yang perlu dimuhasabah, dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu,” katanya di laman X semalam.

Untuk rekod, kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.

Bagi negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button