BERITA SEMASA

Perincian kenaikan gaji penjawat awam dibentang dalam Belanjawan 2025

PUTRAJAYA – Perincian mengenai kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman mengenai pelarasan gaji oleh Perdana Menteri hari ini menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

“Kita dengar pengumuman yang sangat positif bagaimana sebelum ini kajian semula Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dibuat untuk penjawat awam. Kali terakhir (peningkatan gaji) adalah sekitar 13 peratus.”

“Tetapi menjadi komitmen Kerajaan Madani (peningkatan gaji) adalah lebih tinggi daripada itu. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut memberikan komitmen kepada pekerja swasta mengenai dasar gaji progresif membabitkan 1,000 syarikat tempatan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta oleh Kementerian Ekonomi bermula Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Pekerja 2024, di sini hari ini.

Berikutan pengumuman itu, Fahmi berkata, untuk tahun ini ia akan menyaksikan peningkatan gaji dalam sektor kerajaan dan swasta yang agak tinggi.

Dalam pada itu, Fahmi berkata apa yang diumumkan ini tidak dapat dilaksanakan tanpa perjuangan 16.5 juta pekerja di negara ini untuk membanteras rasuah.

“(Ini) Kerana duit yang dapat diselamatkan itu seharusnya dipulangkan kepada rakyat dan dalam bentuk gaji yang lebih baik atau elaun lebih tinggi. Inilah apa yang diperjuangkan oleh kerajaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button