Kementerian Pertahanan lancar Tabung Tragedi Lumut 24
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini melancarkan Tabung Tragedi Lumut 24 bagi membantu waris 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut pada 23 April lalu.
“Sumbangan boleh dihulurkan terus secara atas talian (online) kepada akaun Affin Bank dengan menyatakan ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ di bahagian rujukan atau melalui cek atas nama ‘Tabung Kebajikan Angkatan Tentera’ dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas ATM,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini.
Butiran akaun bagi pemindahan secara atas talian:
Nama Akaun: Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT)
Nombor Akaun: 100040001752
Nama Bank: Affin Bank
“Segala sumbangan orang ramai kepada keluarga Perwira Tragedi Lumut 24 didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga semuanya mendapat kebaikan serta rahmat-Nya,” kata kenyataan itu lagi.