Berita Semasa

Kereta terbabas di WCE, lelaki meninggal dunia

CHANGKAT JERING – Seorang pemandu sebuah kereta Proton Waja maut setelah kenderaan dipandunya terbabas di KM254, Lebuh Raya WCE (Arah Selatan), dekat sini hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Nizam Abdul Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 12.58 tengah hari tadi.

“Susulan itu, sebuah jentera dengan kekuatan seramai enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabas berjaya dikeluarkan oleh anggota JBPM.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis utuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button