Luar Negara

Serangan Iran ke atas Israel berjaya dipatahkan – Presiden AS

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata serangan udara Iran ke atas Israel berjaya dipatahkan oleh tentera rejim zionis dan sekutunya, lapor The Guardian.

Biden dalam satu kenyataan hari ini berkata, Rumah Putih turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang turut disertai sekutu Iran dari Yemen, Syria dan Iraq.

“Bagi menyokong pertahanan Israel, saya telah mengarahkan pesawat pejuang dan kelengkapan pemusnah peluru berpandu balistik ke wilayah Israel sejak minggu lalu.

“Tindakan ini, beserta kecekapan anggota kita menyebabkan hampir semua dron dan peluru berpandu yang disasarkan ke arah Israel berjaya dipintas dan dimusnahkan,” kata Biden.

Dalam serangan awal pagi tadi (waktu Malaysia), Iran dan sekutunya difahamkan telah melancarkan sebanyak 185 dron bunuh diri, 110 peluru berpandu balistik, dan 36 peluru berpandu krus (LACM).

Serangan tersebut adalah tindakbalas Iran terhadap serangan Israel ke atas konsulatnya di Damascus, Syria minggu lepas yang mengorbankan tiga pegawai kanan tenteranya.

Show More

Related Articles

Back to top button