Tiga terbunuh, 34 cedera dalam serangan udara Israel di Damsyik
DAMSYIK – Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 34 lagi cedera selepas tentera Israel melancarkan serangan udara yang menyasarkan bangunan Kementerian Pertahanan Syria berhampiran Istana Presiden di Damsyik awal pagi tadi.
Serangan berkenaan dipercayai susulan ancaman rejim Zionis yang sebelum ini memberi amaran untuk meningkatkan operasi ketenteraan sekiranya tentera kerajaan Syria tidak ditarik balik dari kawasan selatan negara tersebut, lokasi tercetusnya pertempuran antara militan Druze dan pasukan keselamatan Syria.
Ketua Staf Israel, Eyal Zamir mengesahkan pihaknya melancarkan operasi pengeboman ke atas sasaran kerajaan Syria di Damsyik, sekali gus mengakibatkan kerosakan serius pada ibu pejabat Kementerian Pertahanan negara itu.
Saluran televisyen tempatan Syria melaporkan beberapa siri serangan turut berlaku berhampiran ibu pejabat tentera dan kompleks pertahanan yang menjadi nadi ketenteraan negara.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Syria mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis dan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah segera serta konkrit bagi menghentikan siri serangan agresif Israel yang berterusan.
Baca juga : Israel buka koridor baharu di selatan Gaza, pisahkan kawasan Khan Younis
“Syria memegang Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas peningkatan ketegangan yang berbahaya ini serta segala akibat daripadanya.
“Syria juga menegaskan hak sahnya untuk mempertahankan tanah air dan rakyatnya dengan semua cara yang dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu yang memetik laporan AFP.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









2 Comments