BERITA SEMASA

Prabowo Subianto tiba di Malaysia, bertemu Perdana Menteri pagi ini

KUALA LUMPUR – Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto tiba di Pangkalan Udara Subang malam tadi disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Prabowo dan delegasinya tiba pada pukul 10.15 malam tadi dengan menaiki sebuah pesawat khas.

Kunjungan beliau ke negara ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari ke negara ini untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan di bangunan Perdana Putra berlangsung pada pukul 9 pagi tadi.

Sebelum pulang ke Jakarta, Prabowo Subianto merangkap Menteri Pertahanan turut dijadual menghadiri mesyuarat tertutup bersama-sama rakan sejawatnya, Mohamed Khaled Nordin hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button