Berita Semasa

[VIDEO] MITRA kembali ke JPM – Fahmi

PUTRAJAYA – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pemindahan unit itu daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN) diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

@malaysiatribune

Tarikh berkuatkuasa pemindahan itu akan dimaklumkan MITRA dalam satu kenyataan #mitra #fahmifadzil #kementeriankomunikasi #kerajaan #madani #india #masyarakatindia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Ini telah diputuskan bersama oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Aaron Ago Dagang) dan juga Perdana Menteri dan dipersetujui bersama,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menambah, tarikh berkuatkuasa pemindahan itu akan dimaklumkan MITRA dalam satu kenyataan yang lebih menyeluruh mengenai hal berkenaan.

“Sudah pasti dengan pulangnya MITRA ke JPM maka fokus khusus oleh Perdana Menteri akan diberikan untuk pastikan bukan hanya MITRA sebagai sebuah badan dapat diurus dengan baik tapi matlamatnya juga sama ada dapat dicapai atau diharapkan dapat dikembang luas,” katanya.

MITRA yang ditubuhkan pada 2014, sebelum ini dikenali sebagai Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC), sebelum dijenamakan semula menjadi MITRA pada 2018 di bawah KPN.

Namun, pada September 2022 ia dipindahkan di bawah seliaan JPM.

Bagaimanapun pada Disember lalu, MITRA diletakkan semula di bawah KPN dengan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi JPPK MITRA menggantikan Ramanan pada Februari lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button