Jenayah & Mahkamah

MCMC, PDRM berjaya tumpaskan kegiatan ‘swinger’ di platform media sosial

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, kegiatan kumpulan ’swinger’ ini yang melibatkan aktiviti suami isteri bertukar tukar pasangan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan oleh MCMC.

“Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan kumpulan ’swinger’ yang memiliki sejumlah besar video lucah.

“Hasil serbuan, telefon bimbit, komputer, dan thumbdrive milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Hasil siasatan katanya, tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati
bertindak sebagai pentadbir bagi platform X kumpulan ’swinger’ berkenaan, dan mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan.

Katanya lagi, modus operandi suspek adalah memuat naik klip video pendek melalui platform X dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh dikenakan bayaran sebanyak RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram.

Sehubungan itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, MCM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian yang bertentangan dengan undang undang di negara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button