
Dua pelajar Malaysia maut kemalangan di Tasik Tekapo
WELLINGTON – Dua pelajar Malaysia terkorban dalam nahas jalan raya berhampiran Tasik Tekapo pada pukul 1.45 petang waktu tempatan.
Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington memaklumkan kemalangan melibatkan lima orang pelajar Malaysia yang mana dua maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera.
Tiga pelajar yang cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal itu diterbangkan ke Hospital Christchurch untuk mendapatkan rawatan.
“Dua orang daripada mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala tiga orang lagi telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera
“Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Tasik Tekapo yang terletak di pulau Selatan New Zealand terletak di laluan pelancongan utama negara itu yang menyajikan pemandangan ikonik berlatar belakangkan tasik dan pergunungan bersalji (Gunung Cook).
Kerajaan New Zealand pada 2021 menetapkan tiga kategori had laju bergantung kepada kawasan iaitu 60 kilometer sejam (km/jam) , 80 km/sejam dan 100 km/sejam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














