JENAYAH & MAHKAMAH

Artis veteran pukul abang ipar diberkas

KUALA LUMPUR – Artis veteran yang disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar Tun Razak, di sini, semalam telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, mangsa berusia 41 tahun itu berselisih faham dengan suspek pada jam 2 petang semalam.

Menurutnya, suspek yang juga adik ipar mangsa bertindak memukul dan mencederakannya di bahagian kepala serta badan menggunakan besi panjang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 12.01 tengah malam tadi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras membuat tangkapan ke atas suspek yang berusia 64 tahun di Perkarangan IPD Cheras.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button