Jenayah & Mahkamah

Kejam! Ibu kandung kelar anak, kirim gambar kepada suami melalui WhatsApp

PASIR GUDANG – Seorang wanita tempatan
bertindak kejam dengan mengelar leher bayi lelakinya berusia 18 bulan hingga maut dalam satu kejadian di kawasan perumahan, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 1.30 petang semalam.

Katanya, suspek turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek iaitu ibu kandung mangass berumur 32 tahun untuk siasatan lanjut dan satu bila pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelae si mati dirampas di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, M.Kumar berkata permohonan reman terhadap suspek di bawah 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button