Berita SemasaPM X

PM tiba di Australia untuk lawatan kerja 4 hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi tiba di Australia bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Anwar ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook rasminya berkata, lawatan itu atas jemputan rasmi kerajaan Australia.

Ketibaan Anwar disambut oleh Gabenor Victoria Margaret Gardener dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Anwar diiringi Wan Azizah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, malam tadi. – Foto : FB Perdana Menteri.

“Lawatan rasmi ini melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting, perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.

“Saya percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala, sementelahan ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kunjungan empat hari itu diharap akan memperkukuhkan hubungan persahabatan Malaysia-Australia mencipta peluang dan manfaat terbaik untuk rakyat dan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button