BERITA SEMASA

1,000 peluang pekerjaan baharu dalam bidang peralihan tenaga untuk bumiputera – TPM Fadillah

PUTRAJAYA – Kira-kira 1,000 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan dalam bidang peralihan tenaga, sekali gus mampu membantu golongan bumiputera menceburi industri tersebut di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut boleh dicapai menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kecekapan dan Konservasi Tenaga.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, pekerjaan baharu tersebut adalah bagi Pengurus Tenaga Berdaftar dan Juruaudit Tenaga Berdaftar.

“RUU Kecekapan dan Konservasi bertujuan untuk mengawal selia kecekapan dan konservesi tenaga dalam sektor-sektor industri dan komersial.

“Dijangkakan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan baharu sebagai Pengurus Tenaga Berdaftar dan Juruaudit Tenaga Berdaftar akan diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum sesi Diskusi Madani, Mencipta Peluang Bumiputera Dalam Peralihan Tenaga sempena KEB di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dalam pada Itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguatkuasaan akta tersebut juga akan menggalakkan pendaftaran lebih banyak institusi latihan bagi melatih Pengurus Tenaga Berdaftar dan Juruaudit Tenaga Berdaftar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button