BERITA SEMASA

Demonstrasi di Indonesia jadi iktibar pentingnya kestabilan negara

KUCHING – Siri demonstrasi yang berlaku di Indonesia baru-baru ini wajar dijadikan iktibar betapa pentingnya kestabilan dalam memastikan keharmonian negara sentiasa terpelihara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keharmonian dalam kalangan rakyat akan turut membuka ruang bagi kestabilan ekonomi, lapor BERNAMA.

“Lihat apa yang berlaku di negara jiran kita, pelbagai cerita telah dimainkan (pihak tertentu) sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Bila rakyat marah mereka protes dan demonstrasi. Protes yang aman menjadi tidak aman.

“Kestabilan dan keamanan penting untuk mengurus negara dengan baik. Bila ekonomi kita baik pelabur akan datang dan buka peluang pekerjaan. Rakyat perlu bersatu hati,” katanya.

Fadillah berkata demikan ketika berucap di program Kembara Segulai Sejalai Belia Sarawak 2025, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, Malaysia dan negara anggota anggota ASEAN berharap supaya demonstrasi di Indonesia akan tamat segera.

Anwar berkata, ketika pertemuan di Beijing, China baru-baru ini, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memaklumkan kepada beliau bahawa situasi di republik itu kini bertambah baik.

Pada 29 Ogos lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan demonstrasi di Senayan, Jakarta Pusat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button