BERITA SEMASA

Tol percuma pada 23 dan 26 Disember sempena Krismas – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari sempena sambutan perayaan Krismas 25 Disember nanti.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan pemberian tol percuma tersebut akan berkuat kuasa pada 23 Disember dan 26 Disember 2023 bagi semua jenis kenderaan.

“Keputusan tersebut telah dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung pada 6 Disember lalu sempena sambutan Krimas tahun ini.

“Pengecualian tersebut diberikan untuk semua jenis kenderaan di semua lebuh raya dalam negara kecuali dua plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button