BERITA SEMASA

Fahmi luang masa berdepan rakyat Malaysia di Qatar

DOHA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil semalam meluang masa bertemu sebahagian daripada kira-kira 6,200 diaspora Malaysia yang menetap di Qatar dalam satu majlis makan tengahari.

Dalam hantaran di Facebooknya, beliau berkata, pertemuan itu melibatkan rakyat Malaysia yang menetap dan terlibat dalam pelbagai sektor industri serta bidang pendidikan di negara itu.

Katanya, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah usaha meningkatkan pelaburan asing bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, sekali gus menggalakkan kepulangan tenaga mahir ke tanah air.

Menurutnya, keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan politik, tadbir urus dan prospek ekonomi Malaysia penting bagi mengubah fenomena penghijrahan bakat (brain drain) kepada kemasukan semula kepakaran (brain gain).

“Saya antara lain menyentuh bagaimana peningkatan pelaburan asing mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha mengubah fenomena penghijrahan bakat (brain drain) kepada kepulangan bakat (brain gain),” katanya.

Beliau turut memberikan contoh komitmen pelaburan Google bernilai RM60.9 bilion yang dijangka mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar gaji 45 peratus lebih tinggi berbanding median nasional.

Perkembangan itu, katanya, mampu membuka lebih banyak ruang kepada rakyat Malaysia di luar negara untuk kembali menyumbang kepakaran dan pengalaman bagi pembangunan negara.

“Keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan politik, tadbir urus dan prospek ekonomi negara juga membuka ruang kepada rakyat Malaysia di perantauan untuk kembali menyumbang kepakaran serta pengalaman mereka kepada tanah air,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button