PRN Melaka: Leng Chau Yen mahu terus perkasa infrastruktur, hak golongan rentan
BANDAR HILIR – Penambahbaikan infrastruktur dan pembelaan hak golongan rentan termasuk wanita, keluarga, kanak-kanak serta warga emas menjadi antara agenda yang mahu diberi perhatian calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen, sekiranya diberi mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, keutamaan itu penting bagi memastikan keperluan masyarakat setempat terus diberi perhatian, terutama dalam aspek kemudahan awam dan perlindungan hak kemanusiaan.
Menurutnya, antara perkara yang mahu dilaksanakan ialah menaik taraf infrastruktur di kawasan berkenaan yang masih memerlukan penambahbaikan.
Selain itu, beliau turut mahu memperjuangkan hak golongan yang memerlukan perhatian termasuk wanita, keluarga, kanak-kanak dan warga emas.
“Yang pertama, saya rasa saya akan naik taraf infrastruktur di kawasan saya dan juga akan lebih pergi mempertahankan hak-hak kemanusiaan.
“Contohnya macam wanita, orang kurang upaya, kanak-kanak dan warga emas agar kehidupan mereka lebih terbela,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berkempan di sini hari ini.
Baca juga : BN-PN bergabung, Leng Chau Yen tetap yakin pertahan DUN Bandar Hilir
Sebagai rekod, Leng Chau Yen memenangi kerusi DUN Bandar Hilir pada PRN-15 dengan majoriti 7,778 undi, menewaskan Lee Kah Sean (BN-MCA) yang memperoleh 1,313 undi dan Clarice Chan Ming Wang (PN-GERAKAN) dengan 634 undi daripada keseluruhan 19,909 pengundi berdaftar.
Dalam pada itu, Leng turut menyeru golongan muda supaya keluar mengundi dan memberikan sokongan kepada calon PH pada 14 November ini.
“Saya harap kita punya pemuda-pemudi, 14 November, kita ramai-ramai tolong undi. Undilah calon pasukan harapan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














