POLITIK

Anthony Loke sindir Onn Hafiz isu kerjasama DAP-BN

JOHOR BAHRU – Kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menolak sebarang kerjasama dengan DAP dalam pentadbiran negeri mengundang reaksi sinis Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Loke mempersoalkan pendirian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu dengan membandingkannya dengan hubungan kerjasama antara BN dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP… hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tiap-tiap minggu duduk sebelah Setiausaha Agung DAP ya… harap maklum, terima kasih!” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Beliau berkata, keadaan politik Johor berbeza berbanding di peringkat Persekutuan dan menegaskan BN Johor tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam pentadbiran negeri.

Dalam ucapannya, Onn Hafiz turut mengingatkan bahawa pelbagai persepsi dan dakwaan politik yang berlegar di media sosial perlu ditangani berasaskan fakta.

Katanya, antara naratif yang sering dimainkan termasuk dakwaan bahawa BN akan bekerjasama dengan DAP di Johor serta tanggapan kononnya kerajaan negeri tidak mampu mengekalkan kestabilan pentadbiran.

Menurut beliau, rakyat Johor kini cukup matang untuk menilai serta membezakan antara fakta dan fitnah yang disebarkan bagi tujuan politi

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button