Polis Pulau Pinang siasat dakwaan ADUN cederakan isteri
GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sedang menyiasat dakwaan isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bahawa dia dicederakan suaminya di kediaman pasangan itu, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Polis telah merakam keterangan empat individu termasuk pasangan suami isteri itu dan setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan selanjutnya,” katanya dalam satu sidang media di IPK Pulau Pinang, di sini hari ini.
Dalam sidang media sama, beliau menafikan dakwaan dibangkitkan sesetengah pihak bahawa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan dibuatnya.
Beliau turut menegaskan, pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya sebaik menerima laporan berkenaan, selain akan mendapatkan pengesahan perubatan berhubung kecederaan didakwa dialami wanita itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













