JENAYAH & MAHKAMAH

Penghuni pusat pemulihan dadah, alkohol dibawa keluar tanpa kebenaran

SHAH ALAM – Sekumpulan penghuni sebuah pusat pemulihan dadah dan alkohol di Bukit Kuda, Klang, dibawa keluar tanpa kebenaran pihak pengurusan dalam kejadian yang dilaporkan kepada polis pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik pusat berkenaan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan, premis berkenaan didatangi sekumpulan lelaki dan perempuan yang kemudian membawa keluar beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar penghuni yang dibawa keluar masih dalam siasatan.

“Hasil siasatan mendapati pusat pemulihan itu adalah milik persendirian,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta mengganggu siasatan polis.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara melalui talian 03-3291 9614, balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Amirul Ashraf Abd Rahim di talian 011-69730086,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button