BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Arwah pernah beberapa kali beri gambaran akan ‘tinggalkan’ kami – kakak Afham

SHAH ALAM – Kakak kepada Allahyarham Nidza Afham Mokhtar, Nur Irfahanie mengakui adiknya pernah beberapa kali memberi ‘bayangan’ seakan-akan tahu dia akan pergi meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

Nur Irfahanie, 30, ketika ditemui pemberita di Hospital Shah Alam hari ini berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas adiknya ditemui mati di Sungai Klang, semalam.

“Bila dia dah tak ada ni, banyaklah rupanya dia pernah pos (hantaran media sosial) bercakap pasal ‘kalau saya tak ada… bacakan dia Al-Fatihah dan macam-macam lagi.

“Mungkin macam orang katalah, dia sebenarnya sudah ada sedikit rasa atau firasat,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Irfahanie berkata, ibunya sendiri juga pernah menyatakan hasrat untuk tinggal bersama arwah lebih lama berbanding anak-anak lain.

“Umi (ibu) selalu cakap dia nak duduk dengan Afham dulu (lebih lama) sebab tak puas lagi tinggal bersama anak lelakinya itu,” katanya.

Menurut Nur Irfahanie, ibunya adalah individu yang paling terkesan dengan pemergian Arfham dan masih dalam keadaan lemas selepas mendengar berita itu.

Sementara itu, mayat Nidza Afham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Puncak Alam hari ini selepas selesai urusan oleh pihak hospital dan polis.

Nidza Afham Mokhtar dilaporkan hilang kelmarin semasa keluar berjogging dan semalam mayatnya ditemui berhampiran Jambatan Kota, Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button