BERITA SEMASA

Sarawak teroka potensi pelancaran roket, satelit dengan Rusia

KUCHING – Kerajaan Sarawak sedang meneroka potensi kerjasama dengan Rusia dalam pelancaran roket dan satelit dengan memanfaatkan kedudukan strategik negeri itu yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan berkenaan dibangkitkan oleh Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov, dalam kunjungan hormat beliau ke negeri itu, minggu lalu, lapor NST.

“Saya menyatakan bahawa kita (Sarawak) memerlukan lebih ramai jurutera dan bersedia untuk meneroka kerjasama bagi melahirkan kelompok tenaga profesional yang lebih besar dalam bidang tersebut,” katanya pada majlis perasmian bangunan tambahan Gurdwara Sahib Kuching, di sini hari ini.

Abang Johari seterusnya berkata, Sarawak perlu memanfaatkan peningkatan minat antarabangsa terhadap negeri berkenaan dengan melaksanakan dasar yang berkesan serta memastikan perancangan pembangunan yang jelas.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa Rusia telah menyatakan kesediaannya untuk membincangkan potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pelbagai sektor, merangkumi aeroangkasa, tenaga, pertanian, pembinaan kapal dan pendidikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button