BERITA SEMASA

Ustaz Wadi Annuar cedera dada, perut dalam kemalangan

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilaporkan cedera di bahagian dada dan perut selepas terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook milik pendakwah berkenaan yang menyatakan beliau bersama beberapa kakitangannya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan di kawasan berkenaan.

Menurut hantaran itu, orang ramai turut diminta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua individu yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau serta semua yang terbabit.

“Semoga Allah SWT melindungi mereka, mengurniakan pertolongan serta mempermudah segala urusan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Wadi dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Gerik susulan kecederaan dialami, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, butiran lanjut berhubung kemalangan itu serta keadaan terkini pendakwah berkenaan belum dapat dipastikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button