Anna Jobling ungguli Anugerah Melodi Terhangat 2026
SHAH ALAM – Pelakon Anna Jobling mencipta kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), sekali gus membawa pulang trofi Selebriti Feminin Terhangat.
Kemenangan itu diumumkan pada malam kemuncak AMT2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini, malam Ahad.
Bertemakan ‘Power’, acara itu menyaksikan persaingan sengit bagi 16 kategori dengan keputusan pemenang ditentukan sepenuhnya menerusi undian digital peminat di platform Tonton.
Penyanyi Zaki Yamani meraih trofi Fresh Rising Star Terhangat Darlie, manakala pelakon Fattah Amin memenangi kategori Selebriti Maskulin Terhangat.
Khai Bahar pula dinobatkan sebagai Selebriti Muzik Terhangat, sementara pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann membawa pulang trofi Selebriti Couple Goals Terhangat.
Penyanyi dan komposer Hael Husaini turut mencipta kejayaan apabila memenangi kategori Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO.
Kemenangan itu melayakkan Hael membawa pulang trofi AMT2026, kerusi urut santai CUCKOO BESPOKE serta penapis air beralkali ringan CUCKOO XCEL2 bernilai keseluruhan RM13,028, termasuk perkhidmatan dan waranti percuma selama setahun.
Dalam kategori lain, Aisha Retno memenangi Selebriti Viral Terhangat, manakala Meerqeen dinobatkan sebagai Selebriti Stailo Terhangat.
Bagi kategori karya dan produksi, Neraka Yang Terhijab memenangi Tonton Original Terhangat, manakala lagu Nurcinta dipilih sebagai Lagu Terhangat.
Drama terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Yes! Captain Zul Aaryan pula mengungguli kategori Drama Sangat Terhangat, sementara pengarah Bobby Husaini bersama filem Libang Libu memenangi kategori Direktor & Filem Terhangat.
Empat lagi kategori iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat akan diumumkan pada Konsert Cuckootopia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 24 Oktober ini.
Malam kemuncak AMT2026 dikendalikan Ain Edruce dan Kamal Adli serta dimeriahkan dengan persembahan artis popular termasuk DOLLA, Ernie Zakri, Misha Omar, Alyph, Wany Hasrita, Shiha Zikir dan Haqiem Rusli.
Acara itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan Tonton.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








