BERITA SEMASADALAM NEGERI

25 kawasan catat IPU tidak sihat akibat jerebu

KUALA LUMPUR – Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di negara ini, iaitu 189, ketika 25 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat pukul 8 pagi.

Berdasarkan maklumat portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), dua lagi kawasan di Johor turut merekodkan bacaan tinggi, masing-masing Larkin dengan 181 dan Kota Tinggi (180).

“Antara kawasan lain terlibat adalah Pengerang, Johor (178), Nilai, Negeri Sembilan (173), Seremban, Negeri Sembilan (170), Batu Pahat, Johor (169), Bukit Rambai, Melaka (164), Kluang, Johor (163) dan Johan Setia, Selangor (163),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sebanyak 41 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatatkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala bacaan 51 hingga 100 menunjukkan kualiti udara sederhana.

Bacaan antara 101 hingga 200 pula dikategorikan tidak sihat, 201 hingga 300 pada tahap sangat tidak sihat, sementara bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button