Setiap hari umpama hari terakhir saya – Hannah Yeoh
PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan tugasnya di kementerian tersebut umpama hari terakhir supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.
Beliau berkata, sepanjang setahun berkhidmat di kementerian itu, lebih 28 pencapaian telah berjaya dilaksanakan.
Beliau berkata, kejayaan itu juga tidak akan hadir tanpa komitmen jitu yang diberikan timbalannya, Adam Adli, Ketua Setiausaha kementerian, Dr K Nagulendran dan pegawainya di pejabat serta kementerian.
“Hari ini genap setahun saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan,” tulisnya di laman Facebook.
“Bekerja seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir saya di Putrajaya. 365 hari pecut, dan bekerja pada pembaharuan yang akan mengubah ekosistem untuk pemegang taruh kami.
“Untuk itu, kami memerlukan pasukan daripada penjawat awam yang utuh dan mempunyai cita-cita yang sama untuk merealisasikan hasrat ini.
“Saya harap rakyat Malaysia tidak cepat berputus asa dengan Kerajaan Perpaduan ini. Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung parti saya Anthony Loke Siew Fook kerana percaya dan beri peluang untuk saya memimpin dan berkhidmat,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.
Ini adalah senarai pencapaian yang telah disenaraikan oleh beliau di laman Facebook sebentar tadi: