BERITA SEMASA

Pemandu Myvi maut tersepit rempuh belakang lori kontena

SHAH ALAM – Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya merempuh belakang sebuah lori kontena yang diletakkan di tepi jalan di Jalan U10/99, Perindustrian Alam Awana, Seksyen U10, Puncak Alam, pagi tadi.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan tersepit di tempat duduk pemandu dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.14 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button