Pekerja pembersihan warga Pakistan maut terkena serpihan cermin pecah
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pembersihan warga Pakistan meninggal dunia selepas terkena serpihan cermin yang pecah dalam kejadian di Wisma Genting, Off Jalan Genting Kelang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asistan Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan insiden tersebut pada pukul 4.44 petang.
Menurutnya, mangsa yang berumur 44 tahun ketika itu sedang membuang cermin tingkap sebuah pejabat ke dalam tong sampah di bawah bangunan.
“Cermin itu kemudian pecah dan terkena pada lengannya sehingga menyebabkan pendarahan banyak.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








