BERITA SEMASA

4 cedera, lori lawan arus langgar 11 kereta

SHAH ALAM – Empat pengguna jalan raya cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan 11 buah kereta lain dalam kejadian di Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman, dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Kejadian mengakibatkan seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan parah masing-masing pada bahagian kepala, manakala dua lagi mangsa lelaki lain cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ashrul berkata, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan kemudiannya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, selain operasi melibatkan keanggotaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kejadian sebuah lori yang dipandu melawan arus dan merempuh beberapa kenderaan di persimpangan jalan raya terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button