BERITA SEMASA

2 pensyarah UiTM telibat kemalangan kini stabil, dalam keadaan sedar

SHAH ALAM – Dua pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, semalam kini berada dalam keadaan stabil dan sedar di Hospital Shah Alam.

Menurut Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) UiTM, Prof Dr Ismie Roha Mohamed Jais, setakat ini laporan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) bagi Dr Nur Shahidah Ab Aziz dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf masih belum diperoleh, lapor Buletin TV3.

“Dr Nur Shahidah mengalami luka di kepala yang memerlukan lapan jahitan serta patah tulang (C2) manakala Dr Shareena Fairuz pula patah tulang (T5).

“Difahamkan, kedua-dua mereka perlu memakai pendakap khas selama tiga hingga empat bulan dan pemeriksaan susulan akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya, hari ini.

Katanya, pengurusan UiTM memberi perhatian serius kepada keperluan kedua-dua pensyarah itu dalam memastikan rawatan dan sokongan yang terbaik diberikan kepada kedua-duanya.

Laporan media semalam menyebut, dua wanita yang juga pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) UiTM Shah Alam itu cedera selepas kenderaan jenis Mitsubishi Xpander dinaiki mereka dihempap sebatang pokok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button