Tahanan Israel lambai pejuang Hamas sebelum dibebaskan
GAZA – Rakaman video dua orang tahanan wanita warga Israel melambaikan tangan sebagai tanda selamat tinggal kepada pejuang Hamas yang tersebar di media sosial menerima pujian warga online.
Reaksi yang sama juga ditunjukkan oleh 4 tahanan warga Thailand dan seorang gadis bertongkat dalam video berdurasi 1 minit 16 saat yang dikeluarkan Hamas itu.
Pasangan dipercayai ibu dan anak perempuan dilihat sempat mengabadikan kenangan dengan bergambar, melambai dan tersenyum ketika dibawa masuk ke dalam trak palang merah antarabangsa sebelum dihantar kepada pihak berkuasa Israel.
Mereka merupakan sebahagian daripada 17 tahanan yang dibebaskan oleh Hamas melalui perjanjian gencatan senjata selama 4 hari bermula semalam.
“Nampaknya mereka selesa tinggal bersama mereka (Hamas). Kalau saya jadi Israel, saya akan pastikan mereka diberi amaran supaya tidak bercakap mengenai cara Hamas melayan mereka,” kata pengguna X, Propaganda & Co.
“Saya harap Israel dapat melayan tahanan Palestin seperti mana Hamas melayan mereka,” kata Firas.
Bagaimanapun, ada juga pengguna yang menyifatkan kandungan video tersebut sebagai propaganda yang dilakonkan Hamas.
“Jelas sekali mereka berbuat begitu selepas diminta oleh Hamas berbuat demikian, kata Aaron B.
Pusingan kedua pembebasan tahanan rakyat Israel dan warga negara Thailand itu tergendala selama tujuh jam selepas Israel dikatakan mencabuli perjanjian pertukaran tahanan dengan menghalang kemasukan trak bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Sebagai pertukaran, Israel dilapor membebaskan 39 orang tahanan Palestin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








