Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Nasional
GAZA CITY – Hamas bersedia menyerahkan pentadbiran wilayah Gaza termasuk urusan keselamatan kepada jawatankuasa nasional yang dipersetujui di Kaherah.
Reuters yang memetik kenyataan jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, tuduhan kononnya pergerakan itu enggan menyerahkan pentadbiran wilayah berkenaan hanyalah propaganda Israel.
Hazem turut mendakwa, Israel bersama wakil khas Gaza yang disokong Amerika Syarikat, Nickolay Mladenov sengaja menghalang proses penyerahan kuasa dengan menyekat kemasukan jawatankuasa teknokrat Gaza melalui pintu sempadan.
Sebagai rekod, perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel di wilayah berkenaan berkuat kuasa sejak 10 Oktober 2025 dan terbahagi kepada dua fasa.
Fasa pertama perjanjian itu merangkumi pertukaran tahanan dan banduan antara kedua-dua pihak, kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, serta pengunduran tentera Israel dari beberapa kawasan di wilayah berkenaan.
Amerika Syarikat mengumumkan pada pertengahan Januari bermulanya fasa kedua pelan damainya yang dicadangkan, yang merangkumi pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza, pelucutan senjata Hamas, permulaan usaha pembinaan semula, serta penubuhan badan pentadbiran peralihan di wilayah berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








