JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar tingkatan dua maut, ditemukan tidak sedarkan diri di asrama

KUALA PILAH – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah sukan di daerah ini meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama, malam tadi.

Pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan masih dijalankan.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan pelajar berkenaan meninggal dunia selepas dipukul di asrama, namun dakwaan itu belum dapat disahkan dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Sementara itu, Pengerusi MARA, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut menyatakan kesedihan selepas menerima berita kematian pelajar Sekolah Menengah Za’ba itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO itu menggesa tindakan tegas perlu diambil termasuk siasatan segera dan telus.

“Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, pelajar SMK Za’ba, Kuala Pilah yang didakwa menjadi mangsa buli. Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!, ” katanya dalam hantaran di Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button