Politik

Dakwaan Muhyiddin ditahan SPRM tidak benar – Sumber dalaman parti

CYBERJAYA – Sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penafian itu dibuat setelah tersebar khabar angin bahawa Muhyiddin ditahan ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor, hari ini.

Terdahulu, tercetus khabar angin bahawa SPRM akan menahan seorang pemimpin utama sebuah parti politik atas tuduhan menyeleweng dana negara.

Sumber tersebut kemudian memaklumkan bahawa Muhyiddin akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi esok setelah dipanggil untuk memberi keterangan.

Show More

Related Articles

Back to top button