Tabung Solidariti Najib cecah RM634,562 dalam tiga jam
KUALA LUMPUR – Tabung Solidariti Najib Razak mencatat kutipan RM634,562.02 dalam tempoh tiga jam selepas dilancarkan pada Jumaat.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah berkenaan dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai, termasuk yang menyumbang serendah RM10 dan RM50.
“Masya-Allah! Tiga jam pertama sejak Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan sudah mencecah RM634,562.02.
“Ramai yang menyumbang serendah RM10 dan RM50,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tabung berkenaan dilancarkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan denda RM50 juta susulan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta pihak yang ingin memberikan sokongan boleh menyumbang secara sukarela.
Asyraf Wajdi turut berkongsi maklumat akaun rasmi UMNO bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada tabung berkenaan.
Jumlah RM634,562.02 itu bersamaan kira-kira 1.27 peratus daripada denda RM50 juta yang perlu dilunaskan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








