BERITA SEMASA

Krisis bekalan global beralih kepada risiko ekonomi berpanjangan – Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA – Krisis bekalan global kini beralih daripada fasa mengurus kejutan sementara kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sejak Mac lalu pasaran antarabangsa telah menyesuaikan diri menerusi pelarasan inventori, pengoptimuman sumber bekalan dan perubahan laluan perdagangan bagi mengurangkan kesan gangguan terhadap bahan mentah serta input pengeluaran.

Bagaimanapun, perkembangan di Asia Barat bulan ini menunjukkan risiko ketidaktentuan kembali meningkat susulan ketegangan di Selat Hormuz, pergerakan kumpulan Houthi berhampiran Selat Bab al-Mandab serta gangguan terhadap infrastruktur tenaga Arab Saudi.

“Keutamaan kerajaan adalah untuk kita memastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi.

“Bekalan keperluan asas mesti mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan aktiviti ekonomi secara berlebihan,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global, hari ini.

Akmal berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran global sebagai petunjuk awal perubahan sentimen pelabur dan potensi kesan limpahan terhadap ekonomi domestik.

Menurutnya, keadaan itu penting untuk memastikan langkah mitigasi dapat dilaksanakan sekiranya tekanan terhadap bekalan dan harga global meningkat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button