Perkhidmatan Raja Norazli selaku Setiausaha DKU Negeri Sembilan dihentikan berkuat kuasa serta-merta
SEREMBAN – Perkhidmatan Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dihentikan berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi warkah yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
Menurut warkah berkenaan, keputusan itu dibuat dengan menjalankan kuasa di bawah Perkara 25 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
“Susulan penamatan tersebut, Raja Norazli dititahkan serta-merta untuk berhenti menjalankan apa-apa fungsi, tugas dan membuat sebarang representasi rasmi atas nama DKU,” titah baginda.
Dalam pada itu, beliau turut diarahkan menyerahkan semula semua dokumen rasmi DKU, fail sulit, minit mesyuarat, kod akses pejabat serta apa-apa harta milik DKU.
Selain itu, beliau dititahkan mengosongkan Pejabat Setiausaha DKU.
Warkah itu turut menyatakan bahawa penamatan berkenaan tidak memprejudiskan sebarang hak Tuanku mahupun DKU untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan wajar berhubung tindak-tanduk Raja Norazli sepanjang menjalankan kewajipan atau membawa diri sebagai Setiausaha DKU.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








