Anwar mulakan lawatan dua hari, diberi sambutan rasmi di Maldives
MALÉ – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Maldives hari ini, yang disifatkannya sebagai detik penting dalam sejarah persahabatan kedua-dua negara sejak hubungan diplomatik dimulakan pada 1968.
Anwar berkata, lawatan berkenaan diharap terus memperkukuh ikatan Malaysia-Maldives selain membuka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
“Ketibaan saya disambut Presiden Dr Mohamed Muizzu sebelum kami bergerak ke Republic Square untuk upacara pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Maldives National Defence Force, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Maldives,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Anwar berkata, beliau kemudian menuju ke Pejabat Presiden selepas sambutan rasmi berkenaan bagi mengadakan pertemuan bersama delegasi Malaysia dan Maldives.
Beliau berkata, kunjungan berkenaan menandai detik penting dalam sejarah persahabatan Malaysia-Maldives yang terjalin sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara dimulakan pada 1968.
“Insya-Allah, lawatan ini akan terus memperkukuh ikatan kedua-dua negara serta membuka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat nyata kepada rakyat Malaysia dan Maldives,” katanya.
Sebelum itu, Perdana Menteri diberi sambutan rasmi penuh istiadat sejurus tiba di sini, menandakan permulaan program rasmi beliau bersempena lawatan dua hari berkenaan
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








