Kerajaan perkukuh ekosistem industri halal, sasar perluas akses pasaran global
KUALA LUMPUR – Kerajaan terus memperkukuh ekosistem industri halal negara bagi meningkatkan pelaburan, memperluas akses pasaran serta memastikan Malaysia kekal sebagai hab halal global yang berdaya saing.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, industri halal merupakan antara sektor strategik yang mempunyai potensi besar untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya, sektor berkenaan bukan sahaja mampu membuka lebih banyak peluang pelaburan, malah berupaya memperluas akses produk dan perkhidmatan halal tempatan ke pasaran antarabangsa.
āSehubungan itu, Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pelaburan serta memperluas akses pasaran, termasuk memperkasa pemudahcaraan pensijilan halal khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),ā katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Menurut Zahid, Malaysia pada masa sama terus memperkukuh peranan di peringkat antarabangsa melalui platform Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026.
Katanya, antara usaha yang diberi perhatian termasuk mengangkat cadangan penubuhan ASEAN Halal Council selain memperluas kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal di peringkat global.
āInsya-Allah, usaha berterusan ini akan memperkukuh ekosistem industri halal negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai Hab Halal Global yang berdaya saing, berintegriti dan mampan,ā katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








