Aidil Sholeh tamatkan penantian panjang, juarai Terbuka Vietnam
KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, akhirnya menamatkan penantian untuk meraih gelaran sulung dalam saingan BWF World Tour selepas muncul juara Terbuka Vietnam 2026.
Aidil mencipta kejutan apabila menumbangkan pilihan utama dari Singapura pada aksi final kejohanan berstatus Super 100 itu.
Kejayaan berkenaan menyaksikan Aidil meraih gelaran ketiga dalam kariernya selepas menjuarai kejohanan International Challenge (IC) Sri Lanka pada 2025 dan IC Surabaya pada 2023.
Gelaran Vietnam Open 2026 turut menjadi pencapaian penting buat Aidil selepas penantian panjang untuk meraih kejuaraan di pentas World Tour akhirnya berakhir.
Kemenangan itu turut membolehkan Aidil membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM36,000.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








