BERITA SEMASA

UPTM raih anugerah PIKOM Digital Excellence Awards 2026

KUALA LUMPUR – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) terus mengukuhkan kedudukannya dalam agenda transformasi digital apabila meraih pengiktirafan menerusi PIKOM Digital Excellence Awards (PDEA) 2026 bagi kategori ESG – Unified Smart Campus.

Anugerah disampaikan pada majlis yang berlangsung di Sunway Resort, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Penerimaan anugerah itu diterima oleh Naib Canselor UPTM, Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh bersama Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi UPTM, Ts. Ahmad Kamal Hasan Basri.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Zahari Aziz; Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat KPTMSB, Noraini Abdul Aziz dan Timbalan Naib Canselor UPTM (Akademik dan Pengantarabangsaan), Dr. Mohd Erfino Johari.

“Pengiktirafan ini menjadi anugerah kelapan diterima UPTM sepanjang tahun ini, sekali gus mencerminkan pencapaian berterusan universiti berkenaan dalam bidang inovasi dan transformasi digital,” menurut UPTM dalam kenyataan.

Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) meraih pengiktirafan PIKOM Digital Excellence Awards (PDEA) 2026 bagi kategori ESG – Unified Smart Campus, sekali gus menjadi anugerah kelapan diterima universiti itu sepanjang tahun ini.

Menerusi inisiatif Unified Smart Campus, UPTM memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem kampus yang lebih pintar, bersepadu dan selari dengan perkembangan teknologi serta agenda kelestarian.

“Pencapaian itu turut mengukuhkan komitmen universiti bagi memperluas inovasi dan pendigitalan dalam persekitaran pendidikan, sekali gus menyediakan pengalaman kampus yang lebih moden dan relevan kepada warga universiti,” menurut unversiti itu lagi.

UPTM turut menerima pengiktirafan bersama beberapa organisasi terkemuka negara termasuk DayOne Data Centers Malaysia Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan TM Technology Services Sdn Bhd.

Kejayaan itu menjadi satu lagi tonggak penting dalam perjalanan transformasi digital UPTM, selain memperkukuh usaha universiti membangunkan institusi pengajian tinggi yang lebih pintar, terhubung dan bersedia menghadapi keperluan masa depan.

UPTM turut menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil usaha bersama seluruh warga universiti termasuk kepimpinan, kakitangan, ahli akademik, pelajar serta rakan strategik yang terus menyumbang kepada kemajuan institusi berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button