BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

MARA In Fashion Runway lonjak pereka tempatan ke pentas fesyen global

KUALA LUMPUR – Sambutan 60 Tahun MARA diserikan dengan penganjuran MARA In Fashion (MIF) Runway hari ini, yang tampil sebagai pemangkin baharu dalam mengangkat rekaan pereka Bumiputera ke peringkat antarabangsa.

Bukan sekadar pentas peragaan, MIF menjadi platform strategik memperkasa industri fesyen tempatan dengan menghimpunkan pemain industri serta bakat baharu dalam satu ekosistem kreatif yang dinamik di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

mara
Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini bersama model di MARA In Fashion Runway.

Program bertemakan “6 Dekad Menyulam Legasi, Mengilhamkan Evolusi Fesyen” itu disempurnakan oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Rosni Sohar.

Pentas berprestij itu menampilkan pereka ternama seperti Rizman Ruzaini, Thalia, Mirol Jonit, Anggun Cotton, Kebaya Selangor dan Yani Bakhtiar yang mempersembahkan koleksi eksklusif masing-masing.

Rekaan yang diketengahkan merangkumi konsep modest fashion, moden kontemporari serta busana pengantin yang semakin mendapat perhatian di pasaran global.

Rosni bersama pereka fesyen yang terlibat dalam program MIF Runway.

Dalam masa sama, program itu turut membuka ruang kepada bakat muda apabila pelajar TVET dari TVET MARA Rembau dan GIATMARA Kuala Lumpur diberi peluang memperagakan hasil rekaan di pentas sebenar industri.

Malah, penglibatan mereka di acara antarabangsa seperti World Expo Osaka sebelum ini membuktikan kemampuan pereka muda tempatan untuk bersaing di peringkat global.

mara
Pereka fesyen dari TVET MARA Rembau.

Penganjuran MIF dilihat sebagai langkah proaktif dalam melahirkan lebih ramai usahawan fesyen berdaya saing, selain memperluas jaringan kolaborasi industri dan mengukuhkan ekosistem fesyen Bumiputera secara menyeluruh.

Selepas enam dekad, MARA terus memperkukuh peranannya bukan sahaja dalam pendidikan dan keusahawanan, malah kini semakin agresif meneroka industri kreatif selaras aspirasi membawa jenama tempatan ke persada dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button